Salam Aidilfitri
Rabu, 15 Ogos 2012 | 0 comments

Bersempena dengan hari raya yang bakal menjelang lagi beberapa hari ni,aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri.Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan.Sama ada yang aku sengaja ataupun tak sengaja,kira 0-0 ok :)..
Kepada sesiapa yang nak jalan jauh tu,berhati-hati di jalan raya.Kalau mengantuk,sila berhenti.Janganlah berhenti tengah jalan -..-,boleh berhenti di tempat-tempat yang disediakan.
Balik kampung jangan lupa bawak segala jenis chargerhandphone,ipad,kamera,tablet dan segala gadget yang memerlukan charger la.Lepas tu jangan lupa post gambar raya dekat fb. *motif?* .Segala jenis update tentang menganyam ketupat,kacau dodol ataupun bakar lemang,jangan lupa update dekat facebook dan tweet di twitter.Almaklumlah,tuan empunyablog ni tak reti anyam ketupat.
Yang perempuan tu,kalau ada 30 pasang baju raya,agak-agaklah takkan nak angkut semua.Takut pitam pula di pagi raya tak tahu nak pakai yang mana.
Untuk korang yang baru nak shopping raya tu,jangan membazir.Tak payah beli kasut sampai 5-6 pasang *sentap*.Kalau nampak sale sampai 70% tu buat tak tau je.haha.
Tidak dilupakan juga kepada kaum Adam,jangan buat-buat lupa nak bawak balik sampin (ke samping?) dengan songkok.Sesungguhnya tak lengkap baju melayu tanpa dua benda ni.Kasut?Alah korang pakai selipar jepun je pun tak pe -.-
Bila tiba hari raya (aku bukan tulis lirik lagu),jangan makan tak ingat dunia.Ya,ini pesan tuk diri aku jugak . -,-
Akhir sekali,kalau lepas raya nanti jarum dekat penimbang tu agak-agak tak memuaskan hati.Korang simpan je penimbang tu bawah katil.Penimbang tu tak betul tu.
Aku rasa itu je pesanan yang boleh aku bawakan kepada korang.Sebab aku ni bab memberi nasihat ni memanglah bukan bidang aku.Kalau suruh merapu,aku on aje.Ok,haa ni lagi satu.Bulan Ramadan berbaki lagi 3 hari,jangan sibuk sangat nak raya sampai lupa bulan Ramadan.Belum pasti lagi jumpa Ramadan tahun depan tau.Jadi,spendlah saat-saat terakhir ni dengan penuh bermakna.
For the non-muslim,happy holiday yaww :D
Sayonara,ma'as salamah,babai :)muehh .. hee ..

The owner
miss simple ◕ ‿ ◕
shoutbox here.
im looking for ??